Friday, November 18, 2011

kusut

masalah datang bertimpa timpa. aku tidak mampu menghadapi seorang diri. aku sebagai seorang pembimbing sepatutnya mengetahui bahawasanya membiarkan masalah dimakan masa tidak akan menyelesaikan walau sekelumit masalah pun. malah, lebih teruk lagi, aku akan dianggap menyetujui apa yang mereka rancangkan.

aku kusut..

mengapa aku tidak ada seorang pun yang memahami kehendak hati aku. aku ingin bahagia seperti orang lain. aku ingin kasih sayang yang tidak putus dari orang yang menyayangi aku. aku inginkan belaian dari insan yang bernama lelaki. aku sangat rindukan saat saat bahagia, ketawa, bergelak sakan bersama dia.

aku kusut..

aku selalu menidakkan diri aku untuk bersuara benar. aku penakut apabila diuji dengan si besar yang pandai berkata kata. aku telah jadi kaku untuk berkata kata. aku takut mereka benci aku. aku inginkan keberanian. aku perlukan kamu..

saya perlukan awak, hasib..

mengapa awak pergi tinggalkan saya begitu cepat..hanya awak yang memahami saya..saya rindukan awak..macam mana saya ingin bertemu dengan awak lagi..awak telah pergi selamanya..tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada saya..awak hanya meninggalkan kenangan dan impian kita yang tidak kesampaian..

saya perlukan awak, hasib..

Monday, September 12, 2011

keputusan

keputusan sudah diambil. sekali lagi. adakah aku akan gagahi keputusan aku ini? adakah aku mampu untuk menempuh semua dugaan yang akan mendatang? aku berserah kepadaNya. sesungguhnya aku tidah mengetahui. Dia yang Maha Mengetahui. aku akan cuba tempuhi semua ini. aku inginkan kehidupan yang normal. yang lebih bahagia. janji telah terikat. janji untuk bersatu tanpa ada orang lain. janji untuk menuju kebahagiaan. itu yang aku minta pada Khamis yang lepas.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

Sunday, August 21, 2011

merpati - tak rela

andaikan saja kau mau mengerti
tentang perasaanku selama ini
yang tak menginginkan kamu trus merasa
hati dipenuhi rasa curiga
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
coba kau pahami keadaanku
ku hanya menguji kesabaranmu
ternyata kau tlah salah menilaiku
kau tinggalkanku untuk cinta yang baru

reff:
sesungguhnya aku tak rela
melihat kau dengannya
sungguh hati terluka

cukup puas kau buat diriku
merasakan cemburu
kembalilah padaku

bukan ku menarik ulur hatimu
salahkah jika ku mengharapkanmu
ku tahu hatimu hanya untukku
kau bersamanya pelarian semata

repeat reff [2x]

andaikan saja kau mau mengerti


p/s: kenapa lagu ini menjadi pilihan hatiku? perasaan aku, bukan begini..pemikiranku sahaja yang bergini..psiko psiko..aku tak rela~~ huhu..


derita aku

aku kena belajar menerima keputusan yang aku tetapkan. keputusan hari ini menentukan hidup akan datang.

Thursday, August 11, 2011

tertekan

aku tertekan malam ini. banyak yang aku fikirkan. aku dah lakukan banyak kesilapan yang akhirnya menelan diriku. aku tak sepatutnya terjebak dengan permainan ini. aku patut jadi macam dia. dia sudah bahagia sekarang ini. aku? masih tercari cari sinar kebahagiaan. aku yang mencari masalah. perasaan aku terusik lagi. berulang kali aku katakan aku tiada perasaan itu tetapi apa yang terjadi? aku terluka juga..

dengan senang hati, dia memberitahuku hubungan itu. aku terkelu. aku belum mampu menghadapi semua ini. biarlah aku pergi jauh..meninggalkan segala duka itu..kedukaan itu bukan tercipta untuk aku. aku sudah temui kebahagiaan tetapi ketamakan aku membuatkan aku musnah dalam sekelip mata. aku tak mampu nak hadapi semua ini. ingin aku luahkan pada si dia..tetapi tidak mungkin dia akan memeahamiku. malah si dia akan terus menerus akan menyalahkanku. malah lebih teruk lagi aku akan dianggap curang..memang aku curang. sebab itu aku derita sekarang ini..

derita aku hanya aku sahaja yang tahu..aku tak mampu nak meluahkan kepada sesiapapun..aku yang mencari masalah, aku juga yang patut terima. aku yang padan muka. telah berulang kembali kisah lalu..aku yang tidak pernah mengambil iktibar dari kisah lampau. aku yang bersalah. aku bersalah kepada si dia. si dia yang tulus mencintaiku..

adakah masih ada sinar untukku? bagaimana dengan si dia? bagaimana pula dengan dia? bagaimana dengan diaa? demamku makin melarat..hatiku tak tenang..jiwaku memberontak..aku keseorangan lagi..


Tuesday, April 19, 2011

insan yang bernama dia

betapa tulusnya hatinya mempercayai, memahami, menerima dirinya yang tidak jujur..kejamnya dunia..dia mencari cinta yang sejati tetapi apa yang dia dapat? penipuan! bagaimana aku ingin menolongnya? haruskah aku menolongnya? wajibkah aku? aku tiada jawapan. aku hanyalah orang luar yang tugasnya hanya sebagai pendengar yang setia..aku berada di tengah tengah. pihak siapa yang harus aku sebelahi? ataupun aku akan tetap di tengah.

melihat ke kanan, aku geleng kepala..kutoleh ke kiri, aku geleng kepala lagi..

dia menerima dan mempercayai..dia tidak mengambil kisah hal hal lain. yang dia tahu, kepercayaan yang diberi jangan dikianati. simple minded. dia tidak tahukah dunia sekarang semakin complicated dan kejam? dunia ini kejam. jangan selalu berbuat baik dengan orang lain. hargai diri sendiri. hormati diri sendiri. sayangi diri sendiri.

semoga awak bahagia selalu..



Thursday, March 17, 2011

cuti

cuti yang diimpi impikan tidak seperti yang diidamkan
lambatnya masa berjalan
aku tak sanggup hendak menipu dia lagi
janganlah awak paksa saya
aku hanya ingin menjaga perasaan dia
agar dia tidak terlalu terluka

tapi bagaimana dengan perasaan aku?
aku terluka siapa nak rawat?

Sunday, March 6, 2011

aku bukan siapa siapa

D’Masiv - Di Antara Kalian


ku akui ku sangat sangat menginginkanmu

tapi kini ku sadar ku di antara kalian

aku tak mengerti ini semua harus terjadi


Ku akui ku sangat sangat mengharapkanmu

tapi kini ku sadar ku tak akan bisa

aku tak mengerti ini semua harus terjadi


reff:


lupakan aku kembali padanya

aku bukan siapa siapa untukmu

ku cintaimu tak berarti bahwa

ku harus memilikimu slamanya


aaa…aaa…


ku akui ku sangat sangat menginginkanmu

tapi kini ku sadar ku di antara kalian

aku tak mengerti ini semua harus terjadi


repeat reff




nota:

aku bukan siapa siapa..namun aku cintaimu..orang lain tidak mengerti cintaku padamua..hanya kau yang dapat merasa perasaan cinta aku ini..semoga kau dan aku akan temui kebahagiaan masing masing..


p/s: aku merepek lagi :-))


Thursday, March 3, 2011

tipu

aku mesti pandai simpan rahsia..
aku tak kan beritahu orang lain rahsia itu

dia tipu dias..
dia tipu dios..

aku tergelak..aku berada di tengah tengah. patut ke aku masuk campur hal itu? aku ingin sangat lihat kesudahan kisah si dia. pandainya dia memutar belit. dahulu aku fikir dias tamak tetapi sekarang ni aku fikir dia yang tamak..haha..senangnya dia menipu. aku tersenyum sinis. aku tahu siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah.

yang penting aku tidak akan kalah..
sebab aku bukan dia..

dia yang tamak
dia yang haloba
dia yang culture shock
dia yang gemar bermain
dia yang tidak jujur
dia yang kolot

aku tetap begini
silent

p/s: aku taknak masuk campur!!


Tuesday, March 1, 2011

apabila

apabila aku terkejut...
tanganku menggigil..jari jariku sejuk..kakiku tidak boleh duduk diam..badanku kelenguhan..

apabila aku kecewa..
tanganku ligat membuat kerja..jari jari ku mengikut arus tanganku..kakiku menggigil..badanku le;enguhan lagi..

apabila aku kesedihan..
tanganku ingin membuat kerja..jari jari ku mengelap titisan air yang mengalir deras..kakiku kesejukan..badanku menggigil..

apabila aku kebosanan..
tanganku mencapai telefon..jari jari ku mencari nombor..kakiku ingin berjalan..badanku sentiasa bertenaga..

apabila aku kegilaan..
tanganku menggigil..jari jari ku ligat..kakiku ingin menendang..badanku bertenaga..otakku ligat memikirkan kejahatan..nafsuku membuak buak..perasaan ku hampir hilang..jiwanku meronta ronta..

aku akan balas dendam..watch out!!

Sunday, February 20, 2011

bergedup

jantungku berdegup..itu tandanya aku masih hidup di muka bumi ini..huhu..aku masih lagi begini..memandang di luar tingkap..terasa amannya dunia di luar. tetapi amankah dunia dalam hatiku ini? bergelodak..berkecamuk..berpincangan..oh tuhan..aku mohon padaMu, amankan la jiwa aku seperti awan yang membiru di luar..

jantungku berdegup lagi..kali ini aku sudah tahu aku masih hidup suma aku tahukan perasaanku masih hidup atau tidak..jiwaku dan jiwanya adakah masih hidup? keserasianku masih hidup? aku mesti muhasabah diriku agar jantungku boleh berdegup dengan lancar dan aman.

jantungku berdegup lagi..adakah aku sudah faham permainan yang bakal aku lakukan ini? duri dan cabang telah lama menanti aku. aku sedar dengan liku yang mendatang. aku mesti kuat. agar jantung boleh berdegup dengan aman.

amin~

Friday, February 18, 2011

hari yang penuh dengan aktiviti.. [e][2]

1700 mengantuk da nih
mcm mana ni? janji dengan ws pukul 5 tp mata da ngantuk ni. haha.tak pe la, tunggu ws telefon aku. tapi aku dapat rasakan bahawasanya ws pun mengantuk tahap dewa ni. hehe. cuaca yang memanas ini menguatkan lagi teori aku. semua orang lebih suka tidur dari keluar.

1800 haha
inilah yang dikatakan janji melayu. tak jadi pun. aku pun sudah melelapkan mata aku sebentar tadi. ini bermakna teoriku betul. hehe.

1930 facebooking
ws tanya..nak keluar tak? aku pun on sahaja selepas mengajak beberapa kawan aku yang bosan seperti aku lak. destinasi malam ini ialah pesta layang layang. ada ke orang main layang layang malam ni? hehe. "kalau ada angin, ada orang main" kata ws. betul ke? aku tak pasti.

2030 pesta muda mudi. eh silap. pesta layang layang
wow..bestnya pesta ni. tudung murah murah. haha. aku cekup 1. ye la, belum gaji lagi terpaksalah beringat gak. takut hujung bulan nanti aku kena mengemis lak. huhu..atau pun hujung bulan nanti aku ekna makan tudung lak. haha.

aku merepek

2300 selamat tinggal pesta
lama juga aku berpesta di sana. hanya melihat lihat orang, tudung, dan makanan sahaja. nasip baik la orang tak seberapa ramai. aku puas hati hari ini sehanggakan aku terlupa esok aku kerja pagi. kawan kawan aku yang lain lain kerja petang. ciss..aku yang kena bangun awal. minta minta esok aku tidak mengantuk. hihi..

-= the end =-

Thursday, February 17, 2011

hari yang penuh dengan aktiviti..

0550 bangun dari tidur.
kenapalah aku mimpi orang lain pula? mungkin kerana hatiku berniat jahat lagi..sebab itu aku terbawa bawa ke mimpi. ya Allah..sucikanlah hatiku ini~

0610 mandi dan bersiap siap
bersiap siap di sini membawa maksud ber'make up make up'an..hehe..baju telah diseterika..tudung pun sudah..hanya perlu disarung sahaja..selesai segalanya..aku turun ke bawah..memanaskan engin keretaku..

0645 omg..
minyak keretaku hampir ke tahap kritikal. tapi aku rasa tidak perlulah aku minyak.. cukup lagi ni..manalah kawan kawanku ini..? kata nak gerak awal tapi tak jadi awal nampaknya..biasalah janji seorang melayu..

0705 konvoi..
setelah semuanya sudah ada, aku pun gerak..suasana pagi itu memang menyenangkan. dengan kabus yang berkumpul di situ, mendinginkan lagi suasana pagi ini..omg i love morning at kota masai~

0730 berada di SK Taman Megah Ria
malas la nak cerita apa yang berlaku..tp secara keseluruhan, kursus yang dianjurkan banyak mengajar aku untuk menjadi seorang pendidik yang bagus, kreatif dan jangan berkira dengan kerja yang diberikan.

aku gembira sepanjang berada di sana. walaupun kadang kala aku diganggu oleh masalah perasaanku, aku cuba jadi orang yang mereka ingin aku jadi. aku kenyang berada di sana. aku ingin makan mcd hari ini. aku mengidam sundae..hihi

1330 tamat kursus
destinasi seterusnya, mcd. omg aku memang teringin sangat. aku ajak yang lain lain tapi ada gak yang tidak katakan ya. wahai kawan kawan, aku minta maaf, aku memang mengidam ni. aku kena makan juga hari ini. mereka terpaksa mengikut kerana pemandu nak makan mcd. huhu..sorry guys..

1420 kumpulan pecah 2
1 kereta ke kota masai dan 2 kereta ke tesco. hehe. aku konfem konfem kereta aku ke tesco. aku tiada apa nak dibeli. hanya untuk melihat lihat sahaja. best ke tesco bandar sri alam ini? sama sahaja. yang menarik minat aku ialah kerongsang. 7 biji = rm10. hehe. agak murah juga la. aku tangkap 4 biji + 3 biji (tipah). hehe

1545 rumah kota masai
janji dengan ws pukul 1700. boleh ke nih? hihi..tak tahu..

to be continued...


Wednesday, February 16, 2011

kerja

hari ini malam ini aku tidak mahu buat kerja

kepala aku sakit


Tuesday, February 15, 2011

bicara

bicara hati aku bermula lagi..

jariku ingin terus menekan..

perasaanku hampir terkeluar..

aku inginkan kepastian dalam hidup aku. aku tahu apa yang aku inginkan tetapi mereka tidak boleh menerimanya. ingin sahaja aku menurut kata si jahat..

oh dugaan~ janganlah kau menjelma~~

aku bisa jatuh. aku bisa bercinta lagi. aku bisa terus berjaya. apa yang menghalang aku adalah diri aku sendiri. pengalaman lampau mengajar aku agar berhati hati dalam semua hal. don't trust anyone. lol. aku tak ingin menggunakan istilah itu lagi. aku memerlukan orang sekeliling untuk hidup..untuk berbicara..untuk bergembira..untuk berkongsi duka..

aku masih seperti dulu. ada masanya aku berada di atas. ada masanya aku berada di bawah. seperti jogging yang aku amalkan kini. aku ingin hidup sihat. aku tidak mahu sakit. aku inginkan ideal. ideal apa ya? haha. hanya aku sahaja yang faham apa yang aku maksudkan, apa yang aku inginkan.

hentikan sahaja apa yang akan menjahanamkan aku. aku inginkan keindahan syurga. aku inginkan kedamaian. bukan kekecewaan yang aku inginkan. nyah kau jauh jauh!! aku tidak inginkan kekecewaan lagi. kedewasaan yang aku alami adalah untuk kebahagiaan aku...


Sunday, February 13, 2011

tidur

mari tidur awal..

sila tidur awal..

esok adalah hari baru. akan berlaku perubahan pada hari esok. akan ada sesuatu yang menjelma. sentiasa bersedia demi masa depan. ingin nampakkan diri atau tidak? semuanya terpulang pada aku. aku yang menentukan segalanya. malah, jari aku juga yang menentukan. hati aku yang menetukan. takdir dari YangEsa tidak aku ketepikan. aku redha segala yang akan berlaku.

aku!

terbaik!

esok!

p/s: kata-kata perangsang yang merangsang..

Saturday, February 12, 2011

ringan

kenapa kepala aku ringan hari ini? mungkin kah kerana aku bermandi sinaran matahari? huhu. kegelapan kulitku meringankan kepalaku? huhu. aku confius dengan bahasa aku sendiri. nasip baik lah aku bukan guru bahasa. kerana aku sendiri tidak tahu apa yang aku tuturkan ini betul ke tak? aku hanya menurut hati aku. aku ingin berbuat begini jadi inilah yang aku lakukan.

mungkin aku merepek lagi..

aku ingin bercakap tentang ringan. walaupun kepalaku terasa ringan tetapi beban dalam kepalaku masih ada berlegar-legar. pagi yang cerah juga tidak membantu aku. mungkinkah aku memerlukan matahari setiap hari. aku merepek lagi.. aku akan bercakap benda yang solid.

apa?

apa?

apa?

to be continued..hehe

no!

no!

no!

ok..aku ringan. kerana jadual aku tersusuan. kerana kerjaku beres. kerana aku tidak menyakitkan hati orang lain dengan sengaja. kerana aku anak yang baik sekarang ni. huhu. alasan yang terakhir itu masih ragu-ragu. aku ringan kerana aku berinternet. haha. aku rindu berinternet. mungkin kerana aku terlalu lama tidak online jadi hari ini aku jadi sangat ringan kerana rahmat dari yang ESA..

thanks you Allah...

esok

esok adalah harinya. aku mesti bergerak ke depan. aku mesti menantikan hari esok. semoga hari esok lebih bermakna. semoga hari esok aku semakin ringan kepala ini. kepala ku ini semakin hari semakin berat. semakin menjerat diri. aku tahu apa yang betul. tapi aku tidak mahu ke depan. aku takut menjadi orang itu. hahaha.

aku ini seorang yang senang..

aku ini seorang yang 'complicated'

aku ini seorang yang menangis dalam hati..

aku ini seorang yang tiada air mata lagi..

aku ini seorang yang tiada perasaan..

perasaan itu telah hampir hilang. aku kesian dengan orang sekeliling aku. aku semakin banyak menipu orang lain. senyuman yang aku lemparkan untuk kebahagiaan orang lain. tapi bukan untuk diri.. senyuman ku telah hampir hilang..hilang melayang dimamah sang bulan..

p/s: aku merepek lagi..

Thursday, January 27, 2011

dewi dewi

aku sedang mendengar lagu 'doktor cinta'

aku tertarik dengan lirik lagunya. ' ku butuh doktor cinta '
memang in yang aku perlukan sekarang. tapi mungkin juga tidak. mungkin ku butuh doktor jiwa..haha..bukankah aku belajar ilmu ini semua? aku patut sudah ada jawapan. aku boleh berfikir dengan sendiri tetapi aku perlukan peransang untuk aku bergerak ke depan. aku perlukan seseorang yang amat-amat memahami diri aku. orang boleh menasihati aku. orang yang boleh tahan dengan kepala batu aku. orang yang tidak putus asa dengan aku. sebab aku seorang yang cepat berubah. keadaan begitu senang mengubah aku menjadi orang lain. peristiwa lampau kembali menjelma. aku tersilap langkah? aku berada pada langkah yang betul? aku tidak tahu. aku buntu. aku tak dapat berfikir dengan waras. aku butuh doktor cinta..