Tuesday, February 15, 2011

bicara

bicara hati aku bermula lagi..

jariku ingin terus menekan..

perasaanku hampir terkeluar..

aku inginkan kepastian dalam hidup aku. aku tahu apa yang aku inginkan tetapi mereka tidak boleh menerimanya. ingin sahaja aku menurut kata si jahat..

oh dugaan~ janganlah kau menjelma~~

aku bisa jatuh. aku bisa bercinta lagi. aku bisa terus berjaya. apa yang menghalang aku adalah diri aku sendiri. pengalaman lampau mengajar aku agar berhati hati dalam semua hal. don't trust anyone. lol. aku tak ingin menggunakan istilah itu lagi. aku memerlukan orang sekeliling untuk hidup..untuk berbicara..untuk bergembira..untuk berkongsi duka..

aku masih seperti dulu. ada masanya aku berada di atas. ada masanya aku berada di bawah. seperti jogging yang aku amalkan kini. aku ingin hidup sihat. aku tidak mahu sakit. aku inginkan ideal. ideal apa ya? haha. hanya aku sahaja yang faham apa yang aku maksudkan, apa yang aku inginkan.

hentikan sahaja apa yang akan menjahanamkan aku. aku inginkan keindahan syurga. aku inginkan kedamaian. bukan kekecewaan yang aku inginkan. nyah kau jauh jauh!! aku tidak inginkan kekecewaan lagi. kedewasaan yang aku alami adalah untuk kebahagiaan aku...


No comments:

Post a Comment