dengan senang hati, dia memberitahuku hubungan itu. aku terkelu. aku belum mampu menghadapi semua ini. biarlah aku pergi jauh..meninggalkan segala duka itu..kedukaan itu bukan tercipta untuk aku. aku sudah temui kebahagiaan tetapi ketamakan aku membuatkan aku musnah dalam sekelip mata. aku tak mampu nak hadapi semua ini. ingin aku luahkan pada si dia..tetapi tidak mungkin dia akan memeahamiku. malah si dia akan terus menerus akan menyalahkanku. malah lebih teruk lagi aku akan dianggap curang..memang aku curang. sebab itu aku derita sekarang ini..
derita aku hanya aku sahaja yang tahu..aku tak mampu nak meluahkan kepada sesiapapun..aku yang mencari masalah, aku juga yang patut terima. aku yang padan muka. telah berulang kembali kisah lalu..aku yang tidak pernah mengambil iktibar dari kisah lampau. aku yang bersalah. aku bersalah kepada si dia. si dia yang tulus mencintaiku..
adakah masih ada sinar untukku? bagaimana dengan si dia? bagaimana pula dengan dia? bagaimana dengan diaa? demamku makin melarat..hatiku tak tenang..jiwaku memberontak..aku keseorangan lagi..
No comments:
Post a Comment