Sunday, February 20, 2011

bergedup

jantungku berdegup..itu tandanya aku masih hidup di muka bumi ini..huhu..aku masih lagi begini..memandang di luar tingkap..terasa amannya dunia di luar. tetapi amankah dunia dalam hatiku ini? bergelodak..berkecamuk..berpincangan..oh tuhan..aku mohon padaMu, amankan la jiwa aku seperti awan yang membiru di luar..

jantungku berdegup lagi..kali ini aku sudah tahu aku masih hidup suma aku tahukan perasaanku masih hidup atau tidak..jiwaku dan jiwanya adakah masih hidup? keserasianku masih hidup? aku mesti muhasabah diriku agar jantungku boleh berdegup dengan lancar dan aman.

jantungku berdegup lagi..adakah aku sudah faham permainan yang bakal aku lakukan ini? duri dan cabang telah lama menanti aku. aku sedar dengan liku yang mendatang. aku mesti kuat. agar jantung boleh berdegup dengan aman.

amin~

Friday, February 18, 2011

hari yang penuh dengan aktiviti.. [e][2]

1700 mengantuk da nih
mcm mana ni? janji dengan ws pukul 5 tp mata da ngantuk ni. haha.tak pe la, tunggu ws telefon aku. tapi aku dapat rasakan bahawasanya ws pun mengantuk tahap dewa ni. hehe. cuaca yang memanas ini menguatkan lagi teori aku. semua orang lebih suka tidur dari keluar.

1800 haha
inilah yang dikatakan janji melayu. tak jadi pun. aku pun sudah melelapkan mata aku sebentar tadi. ini bermakna teoriku betul. hehe.

1930 facebooking
ws tanya..nak keluar tak? aku pun on sahaja selepas mengajak beberapa kawan aku yang bosan seperti aku lak. destinasi malam ini ialah pesta layang layang. ada ke orang main layang layang malam ni? hehe. "kalau ada angin, ada orang main" kata ws. betul ke? aku tak pasti.

2030 pesta muda mudi. eh silap. pesta layang layang
wow..bestnya pesta ni. tudung murah murah. haha. aku cekup 1. ye la, belum gaji lagi terpaksalah beringat gak. takut hujung bulan nanti aku kena mengemis lak. huhu..atau pun hujung bulan nanti aku ekna makan tudung lak. haha.

aku merepek

2300 selamat tinggal pesta
lama juga aku berpesta di sana. hanya melihat lihat orang, tudung, dan makanan sahaja. nasip baik la orang tak seberapa ramai. aku puas hati hari ini sehanggakan aku terlupa esok aku kerja pagi. kawan kawan aku yang lain lain kerja petang. ciss..aku yang kena bangun awal. minta minta esok aku tidak mengantuk. hihi..

-= the end =-

Thursday, February 17, 2011

hari yang penuh dengan aktiviti..

0550 bangun dari tidur.
kenapalah aku mimpi orang lain pula? mungkin kerana hatiku berniat jahat lagi..sebab itu aku terbawa bawa ke mimpi. ya Allah..sucikanlah hatiku ini~

0610 mandi dan bersiap siap
bersiap siap di sini membawa maksud ber'make up make up'an..hehe..baju telah diseterika..tudung pun sudah..hanya perlu disarung sahaja..selesai segalanya..aku turun ke bawah..memanaskan engin keretaku..

0645 omg..
minyak keretaku hampir ke tahap kritikal. tapi aku rasa tidak perlulah aku minyak.. cukup lagi ni..manalah kawan kawanku ini..? kata nak gerak awal tapi tak jadi awal nampaknya..biasalah janji seorang melayu..

0705 konvoi..
setelah semuanya sudah ada, aku pun gerak..suasana pagi itu memang menyenangkan. dengan kabus yang berkumpul di situ, mendinginkan lagi suasana pagi ini..omg i love morning at kota masai~

0730 berada di SK Taman Megah Ria
malas la nak cerita apa yang berlaku..tp secara keseluruhan, kursus yang dianjurkan banyak mengajar aku untuk menjadi seorang pendidik yang bagus, kreatif dan jangan berkira dengan kerja yang diberikan.

aku gembira sepanjang berada di sana. walaupun kadang kala aku diganggu oleh masalah perasaanku, aku cuba jadi orang yang mereka ingin aku jadi. aku kenyang berada di sana. aku ingin makan mcd hari ini. aku mengidam sundae..hihi

1330 tamat kursus
destinasi seterusnya, mcd. omg aku memang teringin sangat. aku ajak yang lain lain tapi ada gak yang tidak katakan ya. wahai kawan kawan, aku minta maaf, aku memang mengidam ni. aku kena makan juga hari ini. mereka terpaksa mengikut kerana pemandu nak makan mcd. huhu..sorry guys..

1420 kumpulan pecah 2
1 kereta ke kota masai dan 2 kereta ke tesco. hehe. aku konfem konfem kereta aku ke tesco. aku tiada apa nak dibeli. hanya untuk melihat lihat sahaja. best ke tesco bandar sri alam ini? sama sahaja. yang menarik minat aku ialah kerongsang. 7 biji = rm10. hehe. agak murah juga la. aku tangkap 4 biji + 3 biji (tipah). hehe

1545 rumah kota masai
janji dengan ws pukul 1700. boleh ke nih? hihi..tak tahu..

to be continued...


Wednesday, February 16, 2011

kerja

hari ini malam ini aku tidak mahu buat kerja

kepala aku sakit


Tuesday, February 15, 2011

bicara

bicara hati aku bermula lagi..

jariku ingin terus menekan..

perasaanku hampir terkeluar..

aku inginkan kepastian dalam hidup aku. aku tahu apa yang aku inginkan tetapi mereka tidak boleh menerimanya. ingin sahaja aku menurut kata si jahat..

oh dugaan~ janganlah kau menjelma~~

aku bisa jatuh. aku bisa bercinta lagi. aku bisa terus berjaya. apa yang menghalang aku adalah diri aku sendiri. pengalaman lampau mengajar aku agar berhati hati dalam semua hal. don't trust anyone. lol. aku tak ingin menggunakan istilah itu lagi. aku memerlukan orang sekeliling untuk hidup..untuk berbicara..untuk bergembira..untuk berkongsi duka..

aku masih seperti dulu. ada masanya aku berada di atas. ada masanya aku berada di bawah. seperti jogging yang aku amalkan kini. aku ingin hidup sihat. aku tidak mahu sakit. aku inginkan ideal. ideal apa ya? haha. hanya aku sahaja yang faham apa yang aku maksudkan, apa yang aku inginkan.

hentikan sahaja apa yang akan menjahanamkan aku. aku inginkan keindahan syurga. aku inginkan kedamaian. bukan kekecewaan yang aku inginkan. nyah kau jauh jauh!! aku tidak inginkan kekecewaan lagi. kedewasaan yang aku alami adalah untuk kebahagiaan aku...


Sunday, February 13, 2011

tidur

mari tidur awal..

sila tidur awal..

esok adalah hari baru. akan berlaku perubahan pada hari esok. akan ada sesuatu yang menjelma. sentiasa bersedia demi masa depan. ingin nampakkan diri atau tidak? semuanya terpulang pada aku. aku yang menentukan segalanya. malah, jari aku juga yang menentukan. hati aku yang menetukan. takdir dari YangEsa tidak aku ketepikan. aku redha segala yang akan berlaku.

aku!

terbaik!

esok!

p/s: kata-kata perangsang yang merangsang..

Saturday, February 12, 2011

ringan

kenapa kepala aku ringan hari ini? mungkin kah kerana aku bermandi sinaran matahari? huhu. kegelapan kulitku meringankan kepalaku? huhu. aku confius dengan bahasa aku sendiri. nasip baik lah aku bukan guru bahasa. kerana aku sendiri tidak tahu apa yang aku tuturkan ini betul ke tak? aku hanya menurut hati aku. aku ingin berbuat begini jadi inilah yang aku lakukan.

mungkin aku merepek lagi..

aku ingin bercakap tentang ringan. walaupun kepalaku terasa ringan tetapi beban dalam kepalaku masih ada berlegar-legar. pagi yang cerah juga tidak membantu aku. mungkinkah aku memerlukan matahari setiap hari. aku merepek lagi.. aku akan bercakap benda yang solid.

apa?

apa?

apa?

to be continued..hehe

no!

no!

no!

ok..aku ringan. kerana jadual aku tersusuan. kerana kerjaku beres. kerana aku tidak menyakitkan hati orang lain dengan sengaja. kerana aku anak yang baik sekarang ni. huhu. alasan yang terakhir itu masih ragu-ragu. aku ringan kerana aku berinternet. haha. aku rindu berinternet. mungkin kerana aku terlalu lama tidak online jadi hari ini aku jadi sangat ringan kerana rahmat dari yang ESA..

thanks you Allah...

esok

esok adalah harinya. aku mesti bergerak ke depan. aku mesti menantikan hari esok. semoga hari esok lebih bermakna. semoga hari esok aku semakin ringan kepala ini. kepala ku ini semakin hari semakin berat. semakin menjerat diri. aku tahu apa yang betul. tapi aku tidak mahu ke depan. aku takut menjadi orang itu. hahaha.

aku ini seorang yang senang..

aku ini seorang yang 'complicated'

aku ini seorang yang menangis dalam hati..

aku ini seorang yang tiada air mata lagi..

aku ini seorang yang tiada perasaan..

perasaan itu telah hampir hilang. aku kesian dengan orang sekeliling aku. aku semakin banyak menipu orang lain. senyuman yang aku lemparkan untuk kebahagiaan orang lain. tapi bukan untuk diri.. senyuman ku telah hampir hilang..hilang melayang dimamah sang bulan..

p/s: aku merepek lagi..