Tuesday, December 21, 2010

kehidupan

kehidupan aku lebih baik dari dia..

aku bertutup..
dia terdedah..

aku berkeluarga..
dia keseorangan..

aku disayangi..
dia dipergunakan..

aku ringan..
dia berat..

aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi..

Monday, December 13, 2010

kosong

kenapa semakin hari kita semakin tua
kenapa semakin hari kita semakin lupa
kenapa semakin hari kita semakin bosan
kenapa semakin hari kita semakin kesian

silapkah aku memilih jalan yang jauh ini?

Monday, November 1, 2010

i am

pelik

weird

freak

Saturday, October 30, 2010

impian

kepala aku banyak memikirkan sesuatu. aku ingin berjaya dalam apa jua yang aku impikan. kadang kala orang sekelilingku tidak memahami apa yang katakan. aku ingin menjadi bintang yang sentiasa bersinar. impianku besar. nafusku rakus. aku takut mereka tidak dapat bersamaku.

aku selalu pusing. aku selalu pening. aku selalu keliru. aku selalu teragak. aku selalu diawangan.

aku harap semua impianaku akan tercapai. banyak hutang yang harus aku langsaikan sebelum aku pergi...

Friday, October 29, 2010

Wednesday, October 27, 2010

6ixth Sense - Yang Sempurnakanku



Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


6ixth Sense - Khatimah Cinta


Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam

Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi

Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati

Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi

Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…

Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi

Friday, October 15, 2010

happy eh?

perut sakit

tayar kurang angin

cermin mata hilang

dia malas layan


tapi


hati aku masih berbunga bunga

bila teringatkan dia

;
-
)

Monday, October 11, 2010

kepala

kepala

kusutku

tidak

mahu

hilang

...

...

Friday, October 8, 2010

esok

semuanya esok. esok bermula cintaku. haha. esok aku akan berjumpa dengan cintaku. 2 hati bertemu, cinta dipahat.

Monday, September 27, 2010

hati ini

hati aku berbunga lagi. hati aku berbelah lagi. aku gembira tetapi aku masih keliru. aku berada pada dahan yang bercabang-cabang. aku tidak tahu aku patut meneruskan perjalanan ini atau berpaling ke belakang semula. aku telah kuatkan hati aku aku berada pada dahan yang betul. aku yakin! tetapi aku keliru lagi.

kehendakku bukan calang-calang. aku ingin dia mengikut rentakku. rentakku juga bukan calang-calang. impianku nun jauh di sana. nafsuku membuak-buak.

aku masih keliru. jalan yang aku pilih ini jalan berduri. mungkin akan melukakan kakiku yang memijaknya. aku memang mencari masalah tetapi aku yakin aku mampu melakukannya. aku sudah cukup dewasa untuk menempuh hidup ini. aku yakin aku boleh. aku percaya pada dirinya.

yakin pada diriku sendiri!

yakin pada diri dia!

yakin pada Allah yang menentukan!

Tuesday, July 27, 2010

dia kata

aku tak layak untuk sesiapapun..

Sunday, July 11, 2010

betapa

betapa bodohnya aku..

Saturday, July 10, 2010

lelaki

madah lelaki jangan dipercaya
perkataan lelaki tidak akan sama dengan perbuatannya
jiwa lelaki tidak setulus yang dinyatakan
irama lelaki irama yang palsu
janji lelaki semakin tidak berharga
pengucapan lelaki hanyalah dusta semata-mata

nafsu lelaki hanya perempuan

Wednesday, July 7, 2010

perempuan itu

aku takkan dapat bayangkan diri aku menjadi dirinya. betapa pedihnya jika dia kalau hal yang sebenarnya. mungkin aku tidak mengenali dia. jadi sebenarnya aku tiada hak untuk membayangkan perasaan dia.

secara normalnya tiada kaum hawa yang suka untuk berkongsi dengan orang lain.

tp dia terus menerus menyatakan dia tidak berbuat apa apa kesalahan. dia betul, aku ke yang salah? aku tak faham perasaan dia atau pun perasaan perempuan itu. aku akan mengecilkan diri sekecil yang blh.

no war. peace no war. keharmonian yang aku cari. itu yang penting. aku dan diri aku. tiada orang lain yang campur tangan dalam kehidupan aku. kehidupan aku adalah yang terpenting sekarang. sayangi diri sendiri dahulu sebelum kita nak menyayangi diri org lain. orang lain boleh datang dan pergi sesuka hati..

di mana kejujuran yang dicari?


di sana



di sini




tiada






Monday, July 5, 2010

:-)

akhirnya aku mendapat apa yang aku minta.
aku terjatuh lagi.
perasaan ini perasaan yang sama seperti dahulu.
perbuatan ku sudah boleh dijangka.
aku yang tidak sedar
berada di bawah tahap kesedaran diri
semua sudah berlaku.
tiada apa yang aku harus ratapkan lg

p/s: cahaya di depan.. :-)

Wednesday, June 30, 2010

minat

dia tidak minat dengan aku
aku pun tidak minat dengan dia

:p~

Sunday, June 27, 2010

biarkan aku sendiri


biarkan aku sendiri.

jangan hiraukan aku lagi.

jangan ambil berat tentangku.

jangan tanya apa apa kepadaku.

Saturday, June 19, 2010

perasaan ini

mengapa susah sangat aku nak lafazkan? aku lihat ramai yang mudah menyatakan. begitu mudah. tetapi aku..mengapa aku kelu tidak dapat mengeluarkan kata kata. terutamanya apabila berdepan dengannya. apa yang ingin aku lafazkan akan jadi lain. masalahnya; masalah tetap akan menjadi masalah. malah ia jadi lebih besar dari anggaranku. begitu berani dia menghalang / menidakkan perkataan aku. adakah dia betul betul jujur / ikhlas? aku tidak tahu. yang aku tahu..

perasaan ini tidak sama dengan perasaan yang dahulu





Wednesday, June 9, 2010

hancur hati

perjalanan yang menggembirakan didatangi oleh berita yang mengecewakan. dalam banyak banyak negeri, mengapa aku mesti bersua dengan dia? kami memang tiada jodoh tetapi aku tak suka mempunyai apa apa kaitan dengan dia lagi. dengar namanya pun aku tak suka.

teringat kata kata seseorang "setiap malam kita mestilah berusaha memaafkan orang lain"

adakah aku masih tidak memaafkan apa yang berlaku antara dia? aku memang berhati keras. aku akan cuba mengaplikasikan kata kata di atas. aku ingin hidup bahagia. aku ingin menjadi orang yang paling bahagia di muka bumi ni..

Monday, May 24, 2010

hati lara

misteri hidup akan menghilang atau akan terpahat di hatiku? aku sendiri ibarat lalang yang tiada pegangan. apabila ditiup ke kanan, ke kanan lah aku pergi (vice versa). terbuka kembalikah luka yang lalu? aku yang membuka jahitan itu, adakah sejarah akan berulang?

akan terdapat bahagiakah di akhir misteri hidupku ini? bilakah penderitaan ini akan berakhir?

aku yang masih terkapai kapai. mencari tangan yang boleh menarik aku. ke jalan yang benar.

siapa yang ingin selamatkan aku? siapa yang ingin aku selamatkan? misteri hidup amat pedih pabila dikenang.

hari ini kau datang membawa kebahagiaan yang aku idamkan..

apa tindakan aku?

Sunday, May 23, 2010

survey dulu~

Apa perasaan anda sekarang?

  • konfius..banyak sangat pilihan dalam hidup ni~

Saya nak makan..?

  • pizza hut..tapi takda orang nak belanja. hihi

Saya tak suka ..?

  • kucing yang meleseh kat kaki saya masa saya tengah makan..

Impian saya?

  • jadi kaunselor yang baik
  • menang power root (walaupun tak pernah hantar,,hihi)

Haiwan yg saya tak suka?

  • semut dan nyanuk..gangguan hidup

Saya harapkan?

  • duit jatuh dr lanit terus masuk bilik saya. kurang2 rm 1 juta cukup la. haha.

Jika boleh putarkan masa?

  • saya pergi zaman 3 tahun yang lepas

Saya pada 10 tahun akan datang?

  • kerjaya - hebat!
  • keluarga - bahagia!
  • anak - 4 orang! hihi

Handphone saya adalah sebuah?

  • benda yang berharga..

Saya pernah bercinta sebanyak?

  • 10 kali. haha.

Saya suka pada?

  • keadaan langit yang membiru atau menguning~

Kawan² saya?

  • saya tade kwn2. haha. musuh2 ada la

Pernah dikhianati?

  • ermm.. pernah~!! i hate them!!!!

Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?

  • kill2!!

Monday, May 17, 2010

Renung renungkan lah...

Letto - Sejenak


sebelum waktumu terasa terburu
sebelum lelahmu menutup mata
adakah langkahmu terisi ambisi
apakah kalbumu terasa sunyi

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

sebelum hidupmu terhalang nafasmu
sesudah nafsumu tak terbelenggu
indahnya membisu tandai yang berlalu
bahasa tubuhmu mengartikan rindu

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

yang tlah semu.. yang tak semu..powered by lirik lagu indonesia

Monday, May 10, 2010

percakapan

percakapan..
apa yang mereka katakan adalah luahan hati mereka pada masa itu. mereka akan terus terusan bercerita, mengungkit, menyalahkan, mengiyakan perbuatan orang lain.

percakapan..
segala tutur kata mereka bukanlah 100 peratus ikhlas untuk menaikkan semangat orang lain. hanya pandangan sementara. sentiasa berubah ubah.

percakapan..
sukar untuk dibezakan. antara jujur dan tidak jujur. proses mengenali orang itu amat susah. manusia ada bermacam jenis.

percakapan..
dimulakan dengan kata kata pujian. sudahi dengan kata kata pujian..

Thursday, May 6, 2010

wedding

Salam. You're cordially invited to come n celebrate my wedding day on 12 June 2010 at Lot 318 Jln Hj Mohamad Bt 40 Sabak Bernam Selangor. Please give ur addrs for card distribution. terima kasih. Jemput datang k.

The answer is NO!

walaupun dalam Islam mesti memenuhi undangan, tapi bagi aku..segala janji yang dia taburkan pada aku..aku takkan lupakan. dia... dia.. aku takkan... aku tak akan....

aku benci situasi macam ni..doakan kebahagiaan dia? mungkin tak..

(kenapa hati aku keras?)

Saturday, April 10, 2010

perasaan

permainan perasaan. kami masing masing sudah dewasa. malah ada yang sudah berumah tangga malah ada juga yang sudah beranak pinak. tapi mengapa masih ada kekacauan dalam jiwa masing masing. tidak cukupkah asam garam yang dimakan sebelum ini? mengapa masih tiada suara yang berdiri menegakkan kebenaran itu? perasaan yang dirasai ini mengembalikan saya pada umur 15 tahun. perrgghh..jauh saya tenggelama. adakah mereka juga begitu? masih keanak anakkan walaupun umur sudah sesuai bergelar isteri orang

pengalaman yang dilalui mengajar kita untuk mendewasakan diri kita. rintangilah hidup ini dengan penuh dewasa dan penuh kewarasan. sesungguhnya umur yang semakin meningkat menunjukkan peningkatan pemikiran kita.

(kata kata ini untuk aku)

Thursday, March 11, 2010

muhammad raudhah hj bahari

saya minta maaf sebab saya tidak ambil berat terhadap kamu
saya minta maaf sebab saya tidak menjadi kawan yang baik untuk kamu
saya minta maaf sebab saya pernah lukakan hati kamu
saya minta maaf sebab saya tidak datang majlis kamu

saya halalkan segala makan minum perbuatan kamu terhadap saya

sesungguhnya peninggalan kamu saya rasai

begitu cepat kamu pergi meninggalkan kami di sini

semoga kamu dilindungi dengan sedekah dan fatihah di sana

senyummu ikhlas..
semoga kamu tenang di sana..

al fatihah

Tuesday, March 9, 2010

second intake

apa salah second intake sehingga aku rasa terhina sekali. susah sangat ke nak terima kami yang diterima masuk sebagai second intake? dari perbincangan kami, dapat rumuskan..

mereka marah kerana anak, anak buah, sepupu mereka tidak diterima masuk.

betul ke tanggapan aku ini? jika benarlah, hinalah manusia yang menghina kami ini.

sesungguhnya kami hanya merebut peluang yang diberikan kepada kami. dewasakini, tidak banyak peluang yang dibuka. jadi jika terdapat 1 peluang datang kepada kami, kami harus / WAJIB merebutnya.

Sunday, March 7, 2010

melaka

setelah lama aku berehat dari penulisan blog ini, aku berjanjji dalam hati kecilku bahawa aku akan cuba meluangkan masa aku untuk menulis blogku ini semula. bagi aku, penulisan blog adalah salah satu cara untuk aku melepaskan segala tekanan dan lelah yang aku hadapi.

esok aku akan memulakan hari pertama minggu ke dua untuk SBE "School Break Experiences"

esok akan ada tugas baru untukku. fikiran sudah berfikir ke arah Melaka. tiket sudah kubeli advance. hihi. Melaka Melaka Melaka. apa yang menarik sangat dengan Melaka? aku tahu mengapa. ini boleh diibaratkan dengan "mengapa kamu suka rumah kamu?"

  1. kerana ada rumah di no 6, jalan belimbing 2, taman widuri
  2. kerana ada hjh zainon bt hj manaf di sana
  3. kerana ada aina mardhiah bt mohd shazrin. walaupun seringkali dia nyatakan dia tak suka aku. aku tetap ingin berjumpa dengannya. aku ingin tunjukkan rekoderku kepadanya. mesti dia akan menangis kerana mestilah aku tidak akan beri padanya. haha
  4. kerana ada keluargaku untuk bergosip dan bertengkar
  5. kerana ada si dia di sana. huhu. jatuh nombor 5 rupanya dia ini. sorry babe~
  6. kerana ada kereta myvi yang sungguh senang untuk kubawa ke sana ke sini. poor sutera~
  7. kerana ada astro menungguku untuk kutonton semua channel yang ada. haha
  8. kerana ada mcd yang sentiasa menaikkan nafsu makanku. perlis tak ada mcd. poor me~
  9. kerana ada tempat shopping yang best best
  10. kerana aku memang orang melaka. HIDUP MELAKA. haha
sebenarnya aku ingin bercerita mengenai kpli tapi tercerita mengenai melaka lak. tape la.. next blog aku cerita. this is for the beginning of my new life..

peace no war~

Wednesday, January 20, 2010

dunia aku

dia kata dia kenal dunia aku
dia kata dia betul betul kenal dunia aku
tapi mengapa aku dapat rasakan dia tidak ingin kenal dunia aku
dia tidak kenal aku
dia betul betul tidak kenal aku!!!!!!!

sedih


Thursday, January 14, 2010

salah siapa?

penjaga keamanan
:: tempat [1] jalan raya [2] depan smkma [3] balai panjang
:: kesalahan [1] tidak memakai tali pinggang keselamatan [2] merokok di tempat awam [3] meletakkan kenderaan kerajaan di merata tempat

pendidik anak bangsa
:: tempat sekolah
:: kesalahan [1] merokok di luar sekolah [2] meletakkan kereta di tempat yang salah [3] memakai pakaian yang menjolok mata

aku
:: aku tidak tahu kenapa aku timbulkan hal ini? mungkin kerana bengang dengan kejadian yang asyik berlaku di depan mata aku. siapa yang akan tangkap mereka di kala mereka melakukan kesalahan. tidak malu tol la diorang ni.. siapa yang perlu didik mereka sedangkan mereka itu pendidik? tidak malu tol la diorang ni.. aku bukannya selalu betul tapi apa yang berlaku menyakitkan mata aku.

Friday, January 8, 2010

oh Tuhan

malang menimpa bertalu talu. aku tidak tahu bagaimana berfikiran positif lagi. aku hampir hilang pegangan hidupku. bagaimana aku nak menempuh kehidupan yang sempurna jika tiada kehidupan yang sempurna bagiku?

pelbagai idea datang kepadaku tetapi tiada satu pun yang mengenaiku. adakah ini adalah balasan dosaku yang lampau? mungkin.. seperti yang orang katakan..Tuhan akan membalas setiap apa yang kita lakukan samada baik atau buruk.

bagaimana? bagaimana? aku harus tempuhi hidup aku ini? tanpa apa apa jaminan di masa hadapan.