Sunday, March 7, 2010

melaka

setelah lama aku berehat dari penulisan blog ini, aku berjanjji dalam hati kecilku bahawa aku akan cuba meluangkan masa aku untuk menulis blogku ini semula. bagi aku, penulisan blog adalah salah satu cara untuk aku melepaskan segala tekanan dan lelah yang aku hadapi.

esok aku akan memulakan hari pertama minggu ke dua untuk SBE "School Break Experiences"

esok akan ada tugas baru untukku. fikiran sudah berfikir ke arah Melaka. tiket sudah kubeli advance. hihi. Melaka Melaka Melaka. apa yang menarik sangat dengan Melaka? aku tahu mengapa. ini boleh diibaratkan dengan "mengapa kamu suka rumah kamu?"

  1. kerana ada rumah di no 6, jalan belimbing 2, taman widuri
  2. kerana ada hjh zainon bt hj manaf di sana
  3. kerana ada aina mardhiah bt mohd shazrin. walaupun seringkali dia nyatakan dia tak suka aku. aku tetap ingin berjumpa dengannya. aku ingin tunjukkan rekoderku kepadanya. mesti dia akan menangis kerana mestilah aku tidak akan beri padanya. haha
  4. kerana ada keluargaku untuk bergosip dan bertengkar
  5. kerana ada si dia di sana. huhu. jatuh nombor 5 rupanya dia ini. sorry babe~
  6. kerana ada kereta myvi yang sungguh senang untuk kubawa ke sana ke sini. poor sutera~
  7. kerana ada astro menungguku untuk kutonton semua channel yang ada. haha
  8. kerana ada mcd yang sentiasa menaikkan nafsu makanku. perlis tak ada mcd. poor me~
  9. kerana ada tempat shopping yang best best
  10. kerana aku memang orang melaka. HIDUP MELAKA. haha
sebenarnya aku ingin bercerita mengenai kpli tapi tercerita mengenai melaka lak. tape la.. next blog aku cerita. this is for the beginning of my new life..

peace no war~

No comments:

Post a Comment