Thursday, October 22, 2009

"liar"

terlalu banyak pembohongan yang berlaku dalam hidup aku!
terlalu banyak pembohongan yang berlaku dalam hidup aku!



Saturday, October 17, 2009

bersalah

aku tahu aku bersalah kerana aku menceroboh rumah orang itu. mesti orang itu tak sangka aku boleh menceroboh. senang saja kerja aku. aku tahu alamat dia dan aku ingat kunci dia. aku cuba saja la. betul la pula. haha.

ni bukan kali pertama aku buat begini. dahulu aku pernah lakukan. aku buang semua barangnya. tapi kali ini aku tak buang. aku lihat sahaja. baik kan aku? baik yang bertopengkan setan!

aku tak tahu lah. kenapa aku tidak melupakan dia. dia semakin menuju kebahagiaan tetapi aku masih di sini. terkapai kapai minta diselamatkan. tiada orang pun yang mendengar laungan ku.

" air mataku mengalir "

Sunday, October 11, 2009

kenapa aku masih single?

Noor Fadhlina took the kenapa anda masih single? quiz and the result is jual mahal sangat

bukan kerana kamu tidak laku, tapi mungkin kamu terlalu ego untuk menyambut cinta. mungkin juga cinta yang lalu membuatkan kamu serik untuk bercinta lagi. tapi jelas dalam hati kamu sunyi.

ini adalah kuiz yang aku jawab beberapa minit yang lalu. betul ke apa yang kuiz ini btahu aku? aku jual mahal.. haha. betul gak tu. tapi tu la..lelaki sekarang ni susah nak percaya. bila kita uji mereka sedikit..mereka akan lepaskan kita. lupa segala janji. lupa segala kenangan yang pernah kami cipta bersama.

aku bukan tiada kawan. tapi mereka tidak faham apa yang aku perlukan. bila aku cakap aku perlukan seorang yang akan jaga mereka tak sanggup. ermm..macamlah mereke nak pikul tanggungjawab yang lebih besar?

susah susah~




Saturday, July 11, 2009

no more blog?

today im learning how to build a web. my own web.
really?
yes..
hihi
new thing in my life..

Wednesday, July 1, 2009

10 m-e-r-e-k-a

[1] m-e-r-e-k-a tiada hormat kepada orang lain
[2] m-e-r-e-k-a semakin malas belajar
[3] m-e-r-e-k-a samseng
[4] m-e-r-e-k-a tiada panduan untuk hidup
[5] m-e-r-e-k-a hanya mahu bermain sahaja
[6] m-e-r-e-k-a jahat
[7] m-e-r-e-k-a hanya tahu ketawa
[8] m-e-r-e-k-a suka bergaduh
[9] m-e-r-e-k-a berfikiran pendek
[10] m-e-r-e-k-a tiada disiplin

Tuesday, June 30, 2009

ditanya lagi

mengapa aku sudah dikatakan tua. cukup masa untuk berkahwin. aku bukan begitu. aku belum punya hidayah untuk berkahwin. tidak boleh kah perkara ini datang dari mulutku sendiri. aku belum kecapi apa yang aku idamkan. malah, eye of malaysia pun aku belum terokai. haha

Monday, June 29, 2009

survey kali 1

Apa perasaan anda sekarang?

  • perasaan kenyang. haha. blh ke kenyang jadi perasaan. hihi

Saya nak makan..?

  • tanak makan ape2 mlm nih. saya sudah sgt kenyang nih.

Saya tak suka ..?

  • orang yang suke2 tinggalkan orang lain. selfishhhhhhh

Impian saya?

  • $$$$$ banyak2. menang tongkat ali power root. boleh jd jutawan. hihi.

Haiwan yg saya tak suka?

  • tikus

Saya harapkan?

  • duit jatuh dr lanit terus masuk bilik saya. kurang2 rm 1 juta cukup la. haha.

Jika boleh putarkan masa?

  • i nak study je time study dulu2.

Saya pada 10 tahun akan datang?

  • umur 35 ek? sudah jd guru tetap. sudah ada hubby. sudah ada anak2 yang comey dan memenatkan. haha.

Handphone saya adalah sebuah?

  • hp yang akan saya jaga sehingga berusia 5 tahun.

Saya pernah bercinta sebanyak?

  • 10 kali. haha.

Saya suka pada?

  • kedamaian laut

Kawan² saya?

  • saya tade kwn2. haha. musuh2 ada la

Pernah dikhianati?

  • ermm.. pernah~!! i hate them!!!!

Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?

  • bom kan diorang.

Sunday, June 28, 2009

bila kita 25

aku tak faham la. adakah umur 25 ni menunjukkan kita sudah tua? atau pun memnunjukkan kita sepatutnya sudah berumah tangga. semua ni buatkan aku terfikir tentang gaya hidup aku sekarang ni. aku bebas melakukan apa jua perlakuan. aku bebas dari komitmen. aku ingin selalu begini. tetapi kejadian hari ini membuatkan aku berfikir semula.

aku harus mencari gaya hidup yang sesuai. tapi aku punyai banyak persoalan. mampukah aku berubah? siapa yang ingin mendorong aku untuk berubah? aku inginkan perubahankah?

Saturday, June 27, 2009

this is not the first time

ada orang ingin melamar aku? haha. dia orang ini gila ke? mak aku kata:
umur kau dah 25 tahun. waktu umur mak mcm ni..mak da ada anak

itu la kata kata mak aku

giler

giler

ni kerja giler

Friday, June 5, 2009

testing testing

this is my new blog. hopefully blog ini akan menjadi. selama ni aku selalu kecewa dengan permainan blog. haha. kecewa la sangat. padahal malas. hihi.