Saturday, April 30, 2022

Rapuh


  1. Dia dan si dia dan si dia. Sekali jalan. Sana tarik. Sini Tolak. Bagi sama rata. Bagi adil. Bagi tiada masalah yang akan timbul. Jaga hati dua-dua. Ibarat tiada masalah. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Tiada masalah. Iyer, betul. Nampak macam bahagia sahaja di sekelilingnya. Kehidupan normal di sana. Normal juga di sini. Amaran. Sekali tersilap, meletup la segalanya. Siapa yang akan berundur? Mestilah si pendatang asing. Noktah di sana. Noktah di sini juga. 
  2. Detik waktu terus berlalu. Semua berakhir padamu.
  3. Dia yang lain. Terus berharap. Terus menabur janji yang tidak guna. Terus menagih. 2 perkara berlawanan. Yang akan menang dalam kehidupannya adalah perkara yang mengasyikkan. kawan-kawan syurga ramai. Menyokong setiap tingkahlaku salah. yang salah tidak nampak salah lagi, Semuanya normal. Dia menganggap 2 perkara akan berjalan seiring. Dia salah. Benci akan mengunggulinya. Zalim katanya. 
  4. Dalam resah dan air mata. Kupersembahkan kepadamu.
  5. Dia yang itu pula. Kelakar. Konon-konon hot stuff. Sana layan. Sini layan. Bagi ayat yang sama. Dia memang bodoh. Dia ingat dia selamat. Dia ingat jika bukan dengan W, E akan ambil dia. Cerita kartun. Otak dah tua tapi tak matang langsung. 
  6. Rapuh.
  7. Dia yang jauh di sana. Mengapa dia jauh sangat? Tidak terkejar. Jika dia masih di sini, dia yang paling mengujakan. Menyakinkan kehidupan. Tapi takdirnya, dia tiada di sini. Berada di alam lain. Jodoh yang paling awal pergi. Tanpa rela. Terima dalam kepedihan. Masih teringat janji yang dititipkan. 
  8. Maafkanlah. Jika hati tidak sempurna mencintaimu.



No comments:

Post a Comment