- Dia dan si dia dan si dia. Sekali jalan. Sana tarik. Sini Tolak. Bagi sama rata. Bagi adil. Bagi tiada masalah yang akan timbul. Jaga hati dua-dua. Ibarat tiada masalah. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Tiada masalah. Iyer, betul. Nampak macam bahagia sahaja di sekelilingnya. Kehidupan normal di sana. Normal juga di sini. Amaran. Sekali tersilap, meletup la segalanya. Siapa yang akan berundur? Mestilah si pendatang asing. Noktah di sana. Noktah di sini juga.
- Detik waktu terus berlalu. Semua berakhir padamu.
- Dia yang lain. Terus berharap. Terus menabur janji yang tidak guna. Terus menagih. 2 perkara berlawanan. Yang akan menang dalam kehidupannya adalah perkara yang mengasyikkan. kawan-kawan syurga ramai. Menyokong setiap tingkahlaku salah. yang salah tidak nampak salah lagi, Semuanya normal. Dia menganggap 2 perkara akan berjalan seiring. Dia salah. Benci akan mengunggulinya. Zalim katanya.
- Dalam resah dan air mata. Kupersembahkan kepadamu.
- Dia yang itu pula. Kelakar. Konon-konon hot stuff. Sana layan. Sini layan. Bagi ayat yang sama. Dia memang bodoh. Dia ingat dia selamat. Dia ingat jika bukan dengan W, E akan ambil dia. Cerita kartun. Otak dah tua tapi tak matang langsung.
- Rapuh.
- Dia yang jauh di sana. Mengapa dia jauh sangat? Tidak terkejar. Jika dia masih di sini, dia yang paling mengujakan. Menyakinkan kehidupan. Tapi takdirnya, dia tiada di sini. Berada di alam lain. Jodoh yang paling awal pergi. Tanpa rela. Terima dalam kepedihan. Masih teringat janji yang dititipkan.
- Maafkanlah. Jika hati tidak sempurna mencintaimu.
Saturday, April 30, 2022
Rapuh
Monday, April 11, 2022
Diakhiri Dengan
/8/ Separuh Nafasku Pergi /4/
/9/ Kenang Daku Dalam Doamu /4/
/10/ I Miss U /4/
/11/ Pelamin Anganku Musnah /4/
Rm 102.79
Niat di hati nak beli daging sahaja tetapi terbang duit ku..apa yang anak nak, aku layankan. Apa yang aku nak, aku layankan juga. Tiada lagi sakit hati apabila membeli belah. Aku boleh ambil apa sahaja yang aku nak. Duit aku. Sekarang duit aku. Yang lepas pun duit aku tapi kenapa yang lepas, aku rasa sempit sangat, sesak sangat ketika berbelanja?
Hidup kena redha. Baru lah rezeki yang datang tidak sempit walaupun gaji beribu riban.
Nota kaki:
Jom jadi ustazah. Jadi jangan ada tarikh lagi. Haha
Saturday, April 9, 2022
Inginku Berlari
begitulah...
Detik berganti
Tak akan kembali sudah
Walau darah air mata
Tiap memori
Seakan menghenti masa
Renungkan suka dan duka
Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata
Ha
Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana
Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan
Fahami semuanya ho
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa ho
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata
Wednesday, April 6, 2022
Subscribe to:
Posts (Atom)