Sunday, December 11, 2022

Dwi kehidupan

Bagaimana aku boleh hidup dengan kehidupan begini? Bagaimana aku boleh harung dengan pandangan begini? Siapa aku untuk menentukan arah kehidupan dia?

Dia boleh berjanji perkara sama dengan aku. Dia boleh berkasihan perkara sama dengan aku. Dia boleh berjenaka perkara sama dengan aku. Aku tak perlukan dia untuk kehidupan aku begini. Aku tak perlukan masalah tambahan dalam kehidupan aku.

Kata orang, jangan kacau kehidupan orang lain. Nanti kehidupan sendiri tak terjaga. Kehidupan dia adalah kehidupan yang hakiki tetapi kehidupan aku, kehidupan sampingan dia.

Aku sakit,apa dia kisah?

Aku bukan yang hakiki.

Saturday, November 26, 2022

Jangan pergi lagi

Setiap kali dia pergi jauh, aku buat hal. Dan aku akan menyesal. Jadi aku akan buang semua yang terjadi ibarat mimpi ngeri yang aku ingin lupakan. Tiada apa yang berlaku. Aku memang senang melupakan dan membuang apa yang aku tidak suka. Semua yang datang akan pergi satu hari nanti. Nak nak dia. Memang dia tidak akan kekal dengan aku. Pinjaman sementara. 

(I)(u)//(abg)(ayg)//(kanda)(dinda)//(saya)(awak)//

Tuesday, September 20, 2022

DON'T SAY

 Don't say you love me..

Satu beban..walaupun rasanya hanya perkataan yang tidak laku jika dijual. Perasaan tu dah tiada dalam hati aku. Love = beban = batu hempuk kepala..haha..jangan buat lawak la kalau tidak faham perkataan tu. Sesekali pernah juga terfikir nak mencari cinta semula..haha.nak cari beban? haha..lawak betul ayat tu. Memang hati aku dah tidak normal. Semua sebab si bodoh yang tidak menghargai aku. Aku masih belum melupakan apa yang terjadi 9 Februari 2021. Berkumandangnya azan Asar, bersaksikan darah daging aku, dia pergi meninggalkan aku dengan bangganya. Atas alasan, malu dengan keadaan sekeliling. Yakin betul dia meninggalkan aku. Tetapi kenapa kini muncul menagih serpihan kaca yang kau pecahkan? Bodoh. 




Sunday, August 14, 2022

Parasit

Apabila seseorang terlalu suka, dia boleh buat apa sahaja yang dirasakan logik akal fikirannya betul; apa dilakukannya betul dan untuk kesenangan, kebahagiaan semua orang. Sungguh luar biasa pemikiran begitu. Di manakah kesalahan dalam menyayangi seseorang? Salahkah pemikiran ingin melindungi? Salahkah pemikiran ingin memiliki? Salahkah pemikiran mencintai?

SALAH!!!

Salah apabila perasaan itu hanya sebelah pihak sahaja. 

Salah apabila perasaan itu membebankan sebelah pihak sahaja.

Salah apabila perasaan itu tidak disokong oleh sebelah pihak sahaja.

Mencari hati yang hilang. Saya yang mencari hati yang semakin menghilang. Saya yang tidak mempunyai orang lain lagi. Hidup jika menyusahkan, baik dibuang sahaja. Jangan ditambah beban kepala saya. Orang yang mendatang haruslah orang yang menyenangkan hati yang semakin hancur, bukannya orang yang tiada pendirian, orang yang tidak boleh ebrdiri sendiri, orang yang tidak tahu hala tuju hidupnya.

Saya tidak perlukan orang yang menyesakkan hati saya. Kenapa susah nak faham. Saya boleh berdiri sendiri. Saya perlukan (eh saya x perlukan) orang parasit. Kehidupan saya, saya yang tentukan (dengan bantuan yang maha Esa).

PP (Pergi Parasit)





Monday, May 30, 2022

Love You

" Love You "

" I love u bley "

Senang je taip perkataan ni. Mula dengan huruf "L" kemudian "O" kemudian "V" kemudian "E" maka terjadilah L-O-V-E.. senang je nak taip..apabila ada orang yang menyatakan dia love saya, apa kes la ni? senang sangat taip LOVE..cuba tuturkan..cuba lafazkan..cuba praktikkan..tu yang penting..

nak taip senang, nak cakap susah, nak praktikkan, lagi jauh ke langit..jadi jangan mudah sangat cakap sayang kamu pada masa hadapan..sayang itu besar maknanya. sayang menuntut pengorbanan. pengorbanan masa, tanggungjawab, malah tanggungjawab nafkah zahir dan batin. hahaha.

Perkataan azimat ni takkan keluar daripada mulut saya lagi. bukan sebab tidak percaya tetapi terasa bodoh akan datang seiring dengan cinta. isk2. teruk betul mental aku sekarang ni. 

sayang itu toxic. love is toxic. my mind is toxic.




Saturday, May 7, 2022

Rindu kamu


Entah mengapa kurasa tak menentu

Semenjak aku mengenali dirimu, sayang

Terbayang-bayang wajahmu di mataku

Hingga tersentuh rasa indah di kalbu

Apakah ertinya?

Aku tak tahu mengapa aku rindu

Ingin kucurah tetapi rasa malu

Cubalah engkau mengerti isi hatiku

Di dalam diam aku mencintaimu

Kuharap kau paham perasaanku

Yang kini dilamun rindu padamu

Sesungguhnya aku telah jatuh cinta

Oh, indahnya bila bersamamu

Moga engkau dapat terima

Cintaku dengan ikhlasnya

Janganlah engkau sia-siakan

Harapan dan impianku

Aku tak tahu mengapa aku rindu

Ingin kucurah tetapi rasa malu

Cubalah engkau mengerti isi hatiku

Di dalam diam aku mencintaimu

Kuharap kau paham perasaanku

Yang kini dilamun rindu padamu

Sesungguhnya aku telah jatuh cinta

Oh, indahnya bila bersamamu

Moga engkau dapat terima

Cintaku dengan ikhlasnya

Janganlah engkau sia-siakan

Harapan dan impianku

Dalam diam 'ku mencintaimu

Saturday, April 30, 2022

Rapuh


  1. Dia dan si dia dan si dia. Sekali jalan. Sana tarik. Sini Tolak. Bagi sama rata. Bagi adil. Bagi tiada masalah yang akan timbul. Jaga hati dua-dua. Ibarat tiada masalah. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Tiada masalah. Iyer, betul. Nampak macam bahagia sahaja di sekelilingnya. Kehidupan normal di sana. Normal juga di sini. Amaran. Sekali tersilap, meletup la segalanya. Siapa yang akan berundur? Mestilah si pendatang asing. Noktah di sana. Noktah di sini juga. 
  2. Detik waktu terus berlalu. Semua berakhir padamu.
  3. Dia yang lain. Terus berharap. Terus menabur janji yang tidak guna. Terus menagih. 2 perkara berlawanan. Yang akan menang dalam kehidupannya adalah perkara yang mengasyikkan. kawan-kawan syurga ramai. Menyokong setiap tingkahlaku salah. yang salah tidak nampak salah lagi, Semuanya normal. Dia menganggap 2 perkara akan berjalan seiring. Dia salah. Benci akan mengunggulinya. Zalim katanya. 
  4. Dalam resah dan air mata. Kupersembahkan kepadamu.
  5. Dia yang itu pula. Kelakar. Konon-konon hot stuff. Sana layan. Sini layan. Bagi ayat yang sama. Dia memang bodoh. Dia ingat dia selamat. Dia ingat jika bukan dengan W, E akan ambil dia. Cerita kartun. Otak dah tua tapi tak matang langsung. 
  6. Rapuh.
  7. Dia yang jauh di sana. Mengapa dia jauh sangat? Tidak terkejar. Jika dia masih di sini, dia yang paling mengujakan. Menyakinkan kehidupan. Tapi takdirnya, dia tiada di sini. Berada di alam lain. Jodoh yang paling awal pergi. Tanpa rela. Terima dalam kepedihan. Masih teringat janji yang dititipkan. 
  8. Maafkanlah. Jika hati tidak sempurna mencintaimu.



Monday, April 11, 2022

Diakhiri Dengan

 /8/ Separuh Nafasku Pergi /4/

/9/ Kenang Daku Dalam Doamu /4/

/10/ I Miss U /4/

/11/ Pelamin Anganku Musnah /4/


Rm 102.79

Niat di hati nak beli daging sahaja tetapi terbang duit ku..apa yang anak nak, aku layankan. Apa yang aku nak, aku layankan juga. Tiada lagi sakit hati apabila membeli belah. Aku boleh ambil apa sahaja yang aku nak. Duit aku. Sekarang duit aku. Yang lepas pun duit aku tapi kenapa yang lepas, aku rasa sempit sangat, sesak sangat ketika berbelanja? 

Hidup kena redha. Baru lah rezeki yang datang tidak sempit walaupun gaji beribu riban.


Nota kaki:

Jom jadi ustazah. Jadi jangan ada tarikh lagi. Haha






Saturday, April 9, 2022

Inginku Berlari


begitulah...

Detik berganti
Tak akan kembali sudah
Walau darah air mata
Tiap memori
Seakan menghenti masa
Renungkan suka dan duka
Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata
Ha
Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana
Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan
Fahami semuanya ho
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa ho
Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata
Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk
Menutup mata

Wednesday, April 6, 2022

Kekasih Gelapku Ungu



tolong jangan perasaan..

tolong jangan perasan..πŸ˜‰



 

Wednesday, March 30, 2022

Hari Tua

Mata aku ada dia..hidung aku ada dia..mulut aku ada dia..hati aku? Aku akan hilangkan dia sedikit demi sedikit..aku mesti hilang 1 hari nanti..aku tak pernah janji nak bersama dia sehingga hari tua..dia adalah bukan untuk aku..menerima kenyataan adalah 1 kejayaan bagi aku. Jadi, aku boleh meneruskan kehidupan aku yang tenang sepanjang hidup aku. Aku bukan menolak dia tapi dia bukan temanku. Dia hanya persinggahan yang mempersona, memberi kenangan manis, mengejutku dari mimpi, menguatkan diri aku, memberi keyakinan kepada aku, dan menghargai aku. Banyak jasa dia. Aku hargai dia. Sampai di situ sahaja. K, bye.

- selekoh, jangan tekan brek - hishhh, jangan buat hal - xkan berlaku -






Monday, March 14, 2022

Tangkal katanya


Tangan hari tu tidak sama dengan tangan hari ini. Tangan hari kosong. Tiada apa lagi. Esok cerita lain. Hari ini cerita lagu πŸ’‹dewa. Esok cerita lagu apa ya..belum fikir lagi. Esok baru fikir. Kita tidak boleh dapat semuanya dalam satu 😈genggaman sahaja.


Sunday, March 13, 2022

Sakit Hati

Dalam banyak perkara yang berlaku, perkara yang paling sakit hati apabila dia berlagak merindui tetapi dia tak pun merindui. Dia menikmati apa yang berlaku. Dia inginkan semua yang berlaku seperti perjalanan yang normal. Tiada hati yang akan disakiti. Semua yang dia lakukan tidak memberi kesan kepada aku. Sebab aku bukan siapa siapa. Aku hanya penumpang sementara sampai di tempat yang dituju. Bila tiba masa, aku akan turun dari kenderaan.

Aku perlu mengatasi semua ini. 73 hari lagi tidak akan berlaku..sakit betul. Kenapakah? Padahal aku sedar semua ni. Kan betul, dia ada pelbagai cara untuk menyakitkan hati aku. Hati aku yang semakin hilang. Mempermainkan aku. Aku yang membuka ruang. 

Kesimpulan. Mari tutup ruang.

Thursday, March 10, 2022

Kebenarannya

Yang (t)(a)(m)(a)(k) adalah (k)(a)(u)

Yang (s)(e)(l)(f)(i)(s)(h) adalah (a)(k)(u)

Yang (t)(e)(r)(a)(n)(i)(a)(y)(a) adalah (d)(i)(a)



Tuesday, March 8, 2022

Dealova


Aku ingin menjadi
Mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh, karena hati t'lah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang s'lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu
Bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu merantai hati
Oh, bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu, oh
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Oh-uh-uh, oh-ho-uh-uh
Oh-uh-uh, oh-oh-oh
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi
Dan sepi
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu, oh
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu, oh
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Selalu ada
Kau selalu ada
Selalu ada
Kau selalu ada
Sya-na-na-na-na, na-na-na-oh-oh
Sya-na-na-na-na, na-na-na-oh-oh
Sya-na-na-na-na, na-na-na-oh-oh
Selalu ada

🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦🚦

Melaka Darul Traffic Light

07032022

Segalanya telah terjadi..atas sebab angin yang membawa dia ke sini..segalanya telah terjadi dengan pantas..berjalan di atas tanah yang sama..mengulit mimpi..mencipta memori..kenangan kehidupan..