Sunday, August 14, 2022

Parasit

Apabila seseorang terlalu suka, dia boleh buat apa sahaja yang dirasakan logik akal fikirannya betul; apa dilakukannya betul dan untuk kesenangan, kebahagiaan semua orang. Sungguh luar biasa pemikiran begitu. Di manakah kesalahan dalam menyayangi seseorang? Salahkah pemikiran ingin melindungi? Salahkah pemikiran ingin memiliki? Salahkah pemikiran mencintai?

SALAH!!!

Salah apabila perasaan itu hanya sebelah pihak sahaja. 

Salah apabila perasaan itu membebankan sebelah pihak sahaja.

Salah apabila perasaan itu tidak disokong oleh sebelah pihak sahaja.

Mencari hati yang hilang. Saya yang mencari hati yang semakin menghilang. Saya yang tidak mempunyai orang lain lagi. Hidup jika menyusahkan, baik dibuang sahaja. Jangan ditambah beban kepala saya. Orang yang mendatang haruslah orang yang menyenangkan hati yang semakin hancur, bukannya orang yang tiada pendirian, orang yang tidak boleh ebrdiri sendiri, orang yang tidak tahu hala tuju hidupnya.

Saya tidak perlukan orang yang menyesakkan hati saya. Kenapa susah nak faham. Saya boleh berdiri sendiri. Saya perlukan (eh saya x perlukan) orang parasit. Kehidupan saya, saya yang tentukan (dengan bantuan yang maha Esa).

PP (Pergi Parasit)