Monday, June 26, 2023

Mencari sinar kehidupan

Pilu, pilu sepilu pilunyaNamun engkau tak perduli

Apabila tiada lagi keinginan untuk bersama, saya akan biarkan semua ini terjadi sebabnya saya bukan siapa-siapa. Pendirian saya, jika dia menolak saya, saya tidak akan pertahankan. Ntah di mana silapnya. Silapnya ada kita; yang tidak sepatutnya bersama.

Sekian, terima kasih.

#hadiahbirthday2023

Sunday, December 11, 2022

Dwi kehidupan

Bagaimana aku boleh hidup dengan kehidupan begini? Bagaimana aku boleh harung dengan pandangan begini? Siapa aku untuk menentukan arah kehidupan dia?

Dia boleh berjanji perkara sama dengan aku. Dia boleh berkasihan perkara sama dengan aku. Dia boleh berjenaka perkara sama dengan aku. Aku tak perlukan dia untuk kehidupan aku begini. Aku tak perlukan masalah tambahan dalam kehidupan aku.

Kata orang, jangan kacau kehidupan orang lain. Nanti kehidupan sendiri tak terjaga. Kehidupan dia adalah kehidupan yang hakiki tetapi kehidupan aku, kehidupan sampingan dia.

Aku sakit,apa dia kisah?

Aku bukan yang hakiki.

Saturday, November 26, 2022

Jangan pergi lagi

Setiap kali dia pergi jauh, aku buat hal. Dan aku akan menyesal. Jadi aku akan buang semua yang terjadi ibarat mimpi ngeri yang aku ingin lupakan. Tiada apa yang berlaku. Aku memang senang melupakan dan membuang apa yang aku tidak suka. Semua yang datang akan pergi satu hari nanti. Nak nak dia. Memang dia tidak akan kekal dengan aku. Pinjaman sementara. 

(I)(u)//(abg)(ayg)//(kanda)(dinda)//(saya)(awak)//

Tuesday, September 20, 2022

DON'T SAY

 Don't say you love me..

Satu beban..walaupun rasanya hanya perkataan yang tidak laku jika dijual. Perasaan tu dah tiada dalam hati aku. Love = beban = batu hempuk kepala..haha..jangan buat lawak la kalau tidak faham perkataan tu. Sesekali pernah juga terfikir nak mencari cinta semula..haha.nak cari beban? haha..lawak betul ayat tu. Memang hati aku dah tidak normal. Semua sebab si bodoh yang tidak menghargai aku. Aku masih belum melupakan apa yang terjadi 9 Februari 2021. Berkumandangnya azan Asar, bersaksikan darah daging aku, dia pergi meninggalkan aku dengan bangganya. Atas alasan, malu dengan keadaan sekeliling. Yakin betul dia meninggalkan aku. Tetapi kenapa kini muncul menagih serpihan kaca yang kau pecahkan? Bodoh. 




Sunday, August 14, 2022

Parasit

Apabila seseorang terlalu suka, dia boleh buat apa sahaja yang dirasakan logik akal fikirannya betul; apa dilakukannya betul dan untuk kesenangan, kebahagiaan semua orang. Sungguh luar biasa pemikiran begitu. Di manakah kesalahan dalam menyayangi seseorang? Salahkah pemikiran ingin melindungi? Salahkah pemikiran ingin memiliki? Salahkah pemikiran mencintai?

SALAH!!!

Salah apabila perasaan itu hanya sebelah pihak sahaja. 

Salah apabila perasaan itu membebankan sebelah pihak sahaja.

Salah apabila perasaan itu tidak disokong oleh sebelah pihak sahaja.

Mencari hati yang hilang. Saya yang mencari hati yang semakin menghilang. Saya yang tidak mempunyai orang lain lagi. Hidup jika menyusahkan, baik dibuang sahaja. Jangan ditambah beban kepala saya. Orang yang mendatang haruslah orang yang menyenangkan hati yang semakin hancur, bukannya orang yang tiada pendirian, orang yang tidak boleh ebrdiri sendiri, orang yang tidak tahu hala tuju hidupnya.

Saya tidak perlukan orang yang menyesakkan hati saya. Kenapa susah nak faham. Saya boleh berdiri sendiri. Saya perlukan (eh saya x perlukan) orang parasit. Kehidupan saya, saya yang tentukan (dengan bantuan yang maha Esa).

PP (Pergi Parasit)





Monday, May 30, 2022

Love You

" Love You "

" I love u bley "

Senang je taip perkataan ni. Mula dengan huruf "L" kemudian "O" kemudian "V" kemudian "E" maka terjadilah L-O-V-E.. senang je nak taip..apabila ada orang yang menyatakan dia love saya, apa kes la ni? senang sangat taip LOVE..cuba tuturkan..cuba lafazkan..cuba praktikkan..tu yang penting..

nak taip senang, nak cakap susah, nak praktikkan, lagi jauh ke langit..jadi jangan mudah sangat cakap sayang kamu pada masa hadapan..sayang itu besar maknanya. sayang menuntut pengorbanan. pengorbanan masa, tanggungjawab, malah tanggungjawab nafkah zahir dan batin. hahaha.

Perkataan azimat ni takkan keluar daripada mulut saya lagi. bukan sebab tidak percaya tetapi terasa bodoh akan datang seiring dengan cinta. isk2. teruk betul mental aku sekarang ni. 

sayang itu toxic. love is toxic. my mind is toxic.




Saturday, May 7, 2022

Rindu kamu


Entah mengapa kurasa tak menentu

Semenjak aku mengenali dirimu, sayang

Terbayang-bayang wajahmu di mataku

Hingga tersentuh rasa indah di kalbu

Apakah ertinya?

Aku tak tahu mengapa aku rindu

Ingin kucurah tetapi rasa malu

Cubalah engkau mengerti isi hatiku

Di dalam diam aku mencintaimu

Kuharap kau paham perasaanku

Yang kini dilamun rindu padamu

Sesungguhnya aku telah jatuh cinta

Oh, indahnya bila bersamamu

Moga engkau dapat terima

Cintaku dengan ikhlasnya

Janganlah engkau sia-siakan

Harapan dan impianku

Aku tak tahu mengapa aku rindu

Ingin kucurah tetapi rasa malu

Cubalah engkau mengerti isi hatiku

Di dalam diam aku mencintaimu

Kuharap kau paham perasaanku

Yang kini dilamun rindu padamu

Sesungguhnya aku telah jatuh cinta

Oh, indahnya bila bersamamu

Moga engkau dapat terima

Cintaku dengan ikhlasnya

Janganlah engkau sia-siakan

Harapan dan impianku

Dalam diam 'ku mencintaimu